ini lah hidup :)
SYAZWAN SAHAR.
Voting
Thursday, December 29, 2011
Thursday, December 22, 2011
islam :)
oh ya. tadi aku terbaca buku. SABAR DAN BERSYUKUR
die ckp.islam ini terbahagi kpd 2bhgian.1 BERSYUKUR 2BERSABAR.
sifat2 ni tinggi darjatnya disisi ALLAH SWT.
die ade cerita. ketika zaman khalifah Mansyur. ade menteri dia nam AL ape ntah lupa sorry.:) tapi pd suatu hari, menteri dia ni pergi memburu secara berkelompok. tibe2 dsebabkan die punye lah 'nyok' memburu.sampai terlepas dan tersesat di padang pasir sorg2.tiba2 die rase dahaga sgt.tapi air xde. jadi die tunggang kuda die.tunggang punye tunggang.nampak 1khemah kt tengah2 padang pasir.die rase mesti ade orang. pergi punye pergi. nmpk seorg wanita muda dan cantik. die btanya 'ada x sedikit air utk saya minum?' wanita tu jawab. 'ada tapi saya simpankan utk suami saya.ada pun cume baki dripd bekas yg sy dah minum. klu awk nak ambilah' tiba2 nmpk suami die balik dgn naik kuda.berdebu2 di padang pasir.lelaki nya tua dan mengherdik2nya dan memarahinya( bersifat kasar).llki td pun tnya kpd wanita tu. 'knpa awk baik sgt layan lelaki tua yang layan awk dgn kasar mcm ni.sedangkan awk cantik dan muda.wanita tu menjawab.saya bersyukur kerana saya ada suami dan dapat pelindungan.jadi saya bersabar dgn sifatnya :) apa yg aku baca. sifat sabar dan bersyukur ni die mcm nescafe 2 in 1. :) ade bersyukur insyaallah kite sabar :). *share* ilmu yg kite dpt klu biarkan.akan hilang jd elok post :) hihi tq

Friday, October 14, 2011
sajak bulan bahasa, baru upload
DIMANAKAH TEMPAT BAHASA YANG SEBENAR?
Dulu Nenda hidup dihormati
Dijaga dan Dimanja
Tidurnya didodoi
Jalannya dikendung
Beribu belaian kasih Dicurahkan
Dek cucunya yang gila tentang bahasa
Hatta,
Wajah Nenda diagung-agung
Istana dan Entrepot kawasannya
Diguna di merata-rata
Emas dan berlian pakaiannya
Digelar lingua franca
Dari benua ke benua
belayar ke seluruh dunia
Sekali nenda berjalan,
Harum baunya
Wajahnya makin gembira dan suka
Namun kini..
Nenda hidup kian dipinggir
Tidurnya tidak lagi berteman
Jalannya terensot-ensot
Bajunya kotor dan busuk baunya
Dikotori lumpur cucu sendiri
Mutakhir ini..
Pondok yang retak dindingnya
Jadi santapan si anai-anai tiap masa
Katil yang goyah kakinya
Gua yang gelap gelita
Dan sunyi tanpa sepetik cahaya dari anak cucunya
Jadi tempat Nenda berteduh kini
Mungkin selamanya
Pokoknya,
Tiap ketika, Nenda..
Tanpa malam..
Tanpa siang
Hanya burung-burung dan unggas-unggas
Jadi pendengar setianya
Nenda sedang dahagakan kasih sayang
Saban menagih di pasir-pasir sungai
Mengutip butir-butir pasir
Sisa hari yang lalu
Yang dulu
Jadi keagungannya!
Kini lenyap
Entah di mana silapnya!
Pergilah cucu-cucuku
Pergilah!
Kerana nenda sedang keseorangan
Nendamu di gua sana
Menangis mengenangkan nasib
Mungkin nenda kecewa dengan cucunya
Kecewa
Oleh itu,
Jagalah nenda baik-baik
Belailah nenda
Cabutlah lalang ditepian rumahnya
Kukuhkanlah kaki katil yang goyah
Robeklah segala anai-anai penjajah
Baikilah dinding rumahnya yang retak
Gunalah nenda
Bawalah nenda ke merata-rata
kerana..
Nenda itu bahasa kita!
Nenda itu bahasa kita!
Bahasa kelahiran kita
Bahasa perpaduan kita!

Sunday, August 14, 2011
Friday, June 3, 2011
Hayati lah wahai kawan :)
apasal lah engkau malas sembahyang,
tuhan bagi kau siap dengan bayang2 ,
bukan kah beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam dan siang....
apasal lah kau malas sembahyang,
kerja dah best sekeluarga pun dah senang,
negara dah aman tidak lagi hidup berdagang,
tak kan 5 minit 5 waktu pun kau tak boleh nak luang....
apasal lah kau malas sembahyang,
tuhan bagi otak supaya kau tak jadi bengang,
tuhan bagi ilmu boleh berfikir susah dan senang,
tuhan bagi nikmat kenapa engkau tak kenang??
apasal lah kau malas sembahyang,
main bola sanggup sampai petang,
beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
tak kan lah nak buat ibadat pun kau berhutang???
apasal lah kau malas sembahyang,
pagi sihat , suruh sembahyang jadi kejang,
umur kita tak semestinya panjang,
nanti dalam kubur kena balun sorang2...
apasal lah kau malas sembahyang,
seksa cubalah kau bayang,
perjalanan akhirat terlalu panjang,
janji allah taala tak siapa pun boleh halang......

Saturday, April 23, 2011
sajak dadah pengkhianat negara
Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara
kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !
Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana
Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah
Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara
kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !
Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana
Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah
Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara
sajak anti dadah.. misi generasi
Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup Memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia Menyuluh Jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,
Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,
Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,
Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

Subscribe to:
Posts (Atom)