Voting

Saturday, April 23, 2011

sajak dadah pengkhianat negara

Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !

Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana

Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah

Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara

sajak anti dadah.. misi generasi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup Memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia Menyuluh Jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....