Voting

Sunday, August 14, 2011

Friday, June 3, 2011

Hayati lah wahai kawan :)

apasal lah engkau malas sembahyang,
tuhan bagi kau siap dengan bayang2 ,
bukan kah beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam dan siang....

apasal lah kau malas sembahyang,
kerja dah best sekeluarga pun dah senang,
negara dah aman tidak lagi hidup berdagang,
tak kan 5 minit 5 waktu pun kau tak boleh nak luang....

apasal lah kau malas sembahyang,
tuhan bagi otak supaya kau tak jadi bengang,
tuhan bagi ilmu boleh berfikir susah dan senang,
tuhan bagi nikmat kenapa engkau tak kenang??

apasal lah kau malas sembahyang,
main bola sanggup sampai petang,
beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
tak kan lah nak buat ibadat pun kau berhutang???

apasal lah kau malas sembahyang,
pagi sihat , suruh sembahyang jadi kejang,
umur kita tak semestinya panjang,
nanti dalam kubur kena balun sorang2...

apasal lah kau malas sembahyang,
seksa cubalah kau bayang,
perjalanan akhirat terlalu panjang,
janji allah taala tak siapa pun boleh halang......

Saturday, April 23, 2011

sajak dadah pengkhianat negara

Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !

Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana

Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah

Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara

sajak anti dadah.. misi generasi

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup Memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia Menyuluh Jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!...,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!...,
Gempur lembah bernanah....

Sunday, March 6, 2011

frasa good2 siri ke2

Frasa yang menarik untuk diisi dalam karangan
Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 06:17 􀀀 kategori Frasa
1Memanifestasikan fikiran - Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
2Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap sesuatu
3Memberikan impak - Mengakibatkan / menyebabkan
4Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu
5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara mendalam
6Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8Mutakhir ini - Pada masa kini
9Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan pandangan / pemikiran
12Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan pelbagai aspek
13Merangsang ekonomi - Mengaktifkan proses jual beli
14Lebih intelektual dan berketerampilan - Lebih bijak dan berkebolehan
15Bitara - Tiada tandingan / eksklusif / hanya satu-satunya
16Simbiosis - Dua benda yang saling berkaitan
17Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal / bermenung / tidak berfikiran matang
18Mendabik dada - Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
19Mengkodifikasikan undang-undang - Menyelaras undang-undang / peraturan
20Kestabilan spiritual dan fizikal - Keseimbangan rohani dan jasmani
21Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang mengawal sesuatu
22Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23Anjakan paradigma - Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
24Relevan dengan kehendak zaman - Diterima dengan perubahan dari semasa ke semas
a
25Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat umum / biasa
27Mengaibkan diri - Memalukan diri
28Alma mater - Sekolah / universiti / tempat pelajar
29Kemapanan fikiran - Keteguhan cara berfikir
30Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31Bacul - Tidak bersemangat
32Badai kehidupan - Cabaran hidup
33Inteligensia - Kumpulan manusia yang pandai
34Berkongkalikung - Bersepakat
35Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh
36Praja - Kota / negeri
37Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
40Nawaitu diri - Keinginan diri
41Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42privasi - Keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan
43Portfolio menteri - Tugas menteri
44Pentas siasah - Dunia politik
45Polemik - Bahas / debat / konflik
46Melikwidasikan - Membubarkan / memansuhkan
47Linglung - Hilang ingatan
48Falah - Kejayaan / kemenangan
49interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Saturday, March 5, 2011

frasa2 gramatis, korang boleh guna dalam mengarap dan mghidupkn karangan yg mantap :)

Frasa Yang Menarik 2
Di karang oleh Mohd Dihazra Azira Pada 09:15 􀀀 kategori Frasa
1. bermaharajarela- berleluasa
2. konflik jiwa- pergolakan jiwa
3. menopang dagu- termenung
4. tonggak asas-dasar
5. aset- sesuatu yang bernilai
6. menuding jari- menyalahkan orang lain
7. seantero- seluruh
8. malapetaka bencana/ bala
9. keserakahan- kerakusan, ketamakan
10. konklik- kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan- menjadikan kenyataan
12. vandalisme- merosakkan harta benda
13. lumrah- kebiasaan
14. duniawi- hal-hal dunia
15. ketandusan- tidak ada
16. disisihkan- dipinggirkan
17. kritikal- serius
18. sanubari- jiwa
19. akar umbi- punca
20. meranapkan- menghancurkan
21. kesedaran sivik- kesedaran tentang tanggungjawab
22. perdana- utama
23. materialistik- kebendaan
24. membendung- mengawal
25. realiti- hakikat
26. berjat*- kawan
27. pancarobah- keadaan yang kacau
28. mengheret- mebawa kepada
29. seyogia* harus, patut --真确的 确 的
30. merunsingkan- merisaukan
31. kepupusan- kehilangan
32. khazanah- harta benda
33. global- dunia seluruhnya
34. pusaka- sesuatu yang diwarisi turun-temurun
35. warisan- harta pusaka
36. prihatin- peka
37. demonstrasi- menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata- melakukan dua kerja serentak
40. terjebak- terlibat
41. arkib- tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil- mencari- to dig out
43. iltizam- harapan tinggi
44. silaturahim- persaudaraan
45. motivasi- semangat tinggi
46. menyarankan- mencadangkan
47. era- zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif- giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan- ekoran
53. tersadai- tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif- tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perpestif- tanggapan
59. julung-julung - kali pertama
60. nadi- penggerak
61. mengikis- membuang
62. kegawetan* -kejatuhan
63. tampil- keluar
64. syabas- tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat- kerjasama
67. terpikul- tertanggung
68. teladan- contoh
69. mengubah- menukar
70. dinafikan- disangka
71. menyeru- meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir*- terkini
74. fasilitator- pemudah cara
75. fleksible- mudah diubahsuai
76. kebejatan- kejatuhan
77. persada- gelangang
78. boikot - dipulaukan
79. manfaat- faedah
80. total- menyeluruh
81. senggang- santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperlesetan
83. maslahat- faedah
84. norma- adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi- suci
87. diuar-uarkan - dicanangkan
88. dana- modal
89. menerajui- memimpin, mengetuai
90. imej- penampilan
91. emansipasi- hak kebebasan
92. merenoatkan- mengagalkan
93. dimonopoli- dikuasai
94. kolot- kuno
95. profesion- kerjaya
96. infomasi- penerangan
97. intergrasi- perpaduan
98. aspirasi- cita-cita, keinginan
99. memudaratkan- memburukkan
100. dinamis- berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik- cepat
103. perisai- pertahanan
104. diagnosis- mengenalpasti
105. permantauan- pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto- pendirian
107. waswas- tidak yakin
108. natijahnya- kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama- jenis barang
111. pornografi- bahan-bahan lucah
112. diiktiraf- diakui
113. obligasi- semangat
114. impak- kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur- bersetuju
117. efektif- berkesan
118. konvensional- ceramah
119. panji- bendera
120. individualistik- mementingkan diri sendiri
121. manipulasi- tindakan
122. musibah- bencana
123. lewa- tidak sepenuh hati
124. prosedur- peraturan
125. inisiatif- daya usaha
126. anasir- gejala
127. penggemblengan- penyatuan
128. transisi- perantaraan
129. kaliber- berkeupayaan
130. darsawarsa- satu dekad
131. insentif- imbuhan, ganjaran

i folowww :)

Sunday, February 20, 2011

webcam!! mareyy kita teka muka siapa ni, ghaha


ni kalau die suke sgt,

ni kalau die xde mood, mood menyampah, mmg trpaksa lyn org, *die akan buat muke ni.haha

hmmm... sape yeee, hahaha

kalau die nak memikat org die akn buat mcm ni,

ini gambaran jelas dri hadapan utk bibir die saje,:D

andand ini, aku and name org yg aku xtw asl sllu sgt ingt kt die,bgun tido, nak tido,msti trsebut name die :P cuba TEKA ?? hihi
act, imissu!